Kursus E – Usahawan Bersama Giat Mara Setapak

21 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas dan Pusat Internet PA DBKL Desa Rejang dengan kerjasama Giat Mara Setapak telah mengadakan Kursus eUsahawan pada 20 Julai 2020 yang lalu. Seramai 9 orang peserta dan 2 orang guru pengirim telah menyertai kursus ini.

eUsahawan adalah inisiatif untuk mendidik rakyat Malaysia berkenaan keusahawanan digital dan berkongsi cara untuk menjana pendapatan tambahan melalui platform digital. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan program eUsahawan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk peniaga – peniaga baharu. Selain itu, objektif kursus ini diadakan adalah unutk melahirkan lebih ramai usahawan muda tanpa mengira bangsa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali